Tulisan: Syeikh Ali al Kurani dari bukunya, ‘Asr adh-Dhuhur, terbitan Markaz an-Nasr li al Ilam al Islami, cetakan pertama: Shaaban 1408H, 1987H
Nota Admin shia-explained.com: Perhatikan bahawa buku ini ditulis pada tahun 1987, dan banyak perkara yang dinyatakan dalam artikel ini sudah terjadi atau boleh dikaitkan dengan kejadian-kejadian semasa. Perlu diingatkan bahawa artikel ini hanyalah secara umum di zaman kebangkitan, maka hadis-hadis hanya dinyatakan secara umum. InsyaAllah, perbahasan selanjutnya akan di upload dengan hujah-hujah yang lebih terperindi.
Al Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad(s) yang abadi dan senantiasa relevan dengan setiap zaman dan generasi, demikian pula dengan hadis-hadis yang memberitakan masa depan kehidupan manusia dan perjalanan Islam sehingga datangnya zaman yang dijanjikan, yakni zaman di mana Allah memenangkan Islam di atas semua agama sekalipun orang-orang musyrik dan kafir tidak menginginkannya. Era kebangkitan bererti era kebangkitan Imam Mahdi(as), lantaran tidak ada perbezaan antara keduanya dalam hadis-hadis Nabi yang memberikan khabar gembira tentangnya dalam jumlah ratusan, baik yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabiin dan para penulis shihah. Jika kita tambahkan hadis-hadis Nabi tentang masalah ini dengan hadis riwayat Imam-imam Ahlubait(as), maka jumlahnya mampu mencapai ratusan ribu.
Gambaran yang dipaparkan oleh hadis-hadis suci ini secara umum adalah mengenai keadaan dunia di zaman kemunculan Imam Mahdi, terutamanya kawasan yang meliputi Yaman, Hijaz, Iran, Iraq, Syria, Pelstin, Mesir dan Maghribi. Di kawasan ini akan terjadi banyak peristiwa besar. Hadis-hadis ini juga memaparkan secara terperinci tentang nama-nama tempat dan orang-orang yang berkaitan dengan kemunculan Imam Mahdi(a). Saya telah berusaha menyimpulakan teks-teks ini supaya lebih jelas, teratur dan tepat untuk difahami oleh masyarakat Muslim yang dihormati. Dalam bahagian ini saya akan mengajukan ringkasan mengenainya supaya menjadi gambaran umum untuk era kebangkitan sebelum memasuki bahagian-bahagian lain.
Beberapa hadis suci menyebutkan bahawa proses kemunculan Imam Mahdi(as) akan di mulai dari Makkah Mukaramah, setelah terjadinya beberapa peristiwa permulaan di peringkan antarabangsa dan watan. Di peringkat antarabangsa akan terjadi suatu pergolakan antara orang-orang Romawi(barat) dan Turki ata saudara-saudara Turki sebagaimana yang disebutkan oleh sejumlah hadis, yang mana tidak lain merupakan orang-orang Rusia sehingga terjadi perang besar di peringkat sedunia. Di peringkat watan, akan berdirilah dua negara yang setia kepada Imam Mahdi(as), iaitu Iran dan Yaman.
Para pendukung awal Imam Mahdi adalah orang-orang Iran yang merebut kembali negara mereka setelah berperang lama dan akhirnya menang. Kemudian, sebelum kemunculan Imam Mahdi, terdapat pemimpin politik yang bergelar Sayydi al Khurasani( keturunan Nabi dari daerah Khurasan) dan pemimpin tentera yang bernama Shuaib bin Shaleh. Dengan kepimpinan dua orang ini, orang-orang Iran akan memainkan peranan penting dalam kemunculan Imam Mahdi(as).
Adapun para pendukungnya dari Yaman akan dimulai dengan revolusi besar beberapa bulan sebelum kemunculan al Mahdi(as). Nampaknya orang-orang Yaman ini akan berfungsi sebagai pengisi kekosongan politik yang terjadi di Hijaz, dan membantu gerakan kemunculan beliau di wilayah ini. Kekosongan politik ini terjadi apabila seorang raja dungu dari keluarga kerajaan Hijaz yang bernama Abdullah dibunuh. Golongan bangsawan Hijaz akan berselisih tentang penggantinya. Abdullah ini merupakan raja terakhir yang berkuasa di Hijaz, kerana selepas pembunuhan beliau, kumpulan bangsawan berselisih tentang penggantinya. Perselisihan ini akan berlanjutan sehingga munculnya Imam Mahdi(as). Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Basyir disebutkan: Ketahuilah jika Abdullah sudah mati, manusia tidak akan dapat dipersatukan lagi kecuali oleh shahib kalian insyaAllah. Kerajaan yang berkuasa selama bertahun-tahun itu akan punah dalam hitungan hari dan bulan.” Lalu aku bertanya: “Apakah masa antara kejadian ini dan kemunculan Imam Mahdi akan berlangsung lama?” Beliau menjawab: “Tidak.”
Permusuhan setelah terbunuhnya raja ini akan berubah menjadi suatu permusuhan antara suku-suku Hijaz. Dalam hadis disebutkan: “Sesungguhnya diantara kemunculan Imam Mahdi adalah terjadinya peristiwa besar di antara dua kota Haram.” Aku bertanya: “Peristiwa apa yang akan terjadi?” Dijawab: “Fanatisme akan tercetus di antara dua Haram, polan anak polan membunuh 15 ekor kambing”, yakni seorang akan membunuh 15 orang atau pemimpin dari kabilah yang bermusuhan, atau dari anak-anak pemimpin yang dikenal memusihinya.
Dalam keadaan inilah proses kemunculan Imam Mahdi dimulai. Barangkali tanda terbesar dari kemunculan Imam Mahdi adalah seruan dari langit yang memanggil namanya pada tanggal 23 Ramadhan. Said bin Umairah berkata: “Aku berada di sisi Abu Jaafar al Mansur lalu beliau berkata: “Wahai Saif bin Umairah, pasti akan ada penyeru dari langit yang akan menyerukan nama seorang putera Abu Thalib.” Maka aku tanyakan: “Akulah tebusan mu wahai Amirul Mukminin, apakah kau yang meriwatkan hadis ini?” Dia menjawab: “Ya demi jiwaku yang berada di tangannya, telinga ku benar-benar mendengar hadis ini.” Ku tanya lagi padanya: “Wahai Amirul Mukminin, hadis ini belum pernah ku dengar sebelumnya.” Dijawab: “Wahai Saif, hal ini memang benar. Dan kelak, kalau hal itu terjadi, kamilah orang pertama yang akan menjawabnya. Ketahuilah bahawa seruan itu untuk seorang dari sepupu kami!” Ku tanya lagi: “Seorang lelaki dari anak keturunan Fatimah(as)?” Dijawab: “Ya wahai Saif. Sekiranya aku tidak mendengarnya dari Abu Jaafar Muhammad bin Ali, niscaya aku tidak akan menerimanya meskipun seluruh penduduk bumi mengatakannya.Tetapi ini adalah Muhammad Bin Ali.”
Setelah seruan dari langit ini, mulalah Imam Mahdi berhubungan dengan para pendukungnya, namun secara rahsia. Pada masa itu, publik dunia akan membicarakan tentangnya dan menyebutnya dengan kecintaan sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis sedangkan musuh-musuhnya yang merasa takut akan kemuculannya akan bergiat untuk mencarinya. Kemudian tersebarlah berita bahawa Imam Mahdi tinggal di kota Madinah, sehingga kerajaan Hijaz atau kekuatan asing yang berkuasa di sana akan memanggil tentera As Sufyani dari Syria untuk mengamankan situasi Hijaz dan menyelesaikan pergolakan kabilah-kabilah yang menuntuk kekuasaan.
Selanjutnya tentera as Sufyani akan memasuki Madinah, menangkap setiap keturunan Bani Hasyim, membunuh sebahagian mereka dan pengikutnya serta menangkap sebahagian yang lain. Pada saat itu, Imam Mahdi dan al Mansur akan keluar dari Madinah sehingga pasukan as Sufyani mengambil seluruh keluarga Muhammad, besar ataupun kecil.
Di Makkah, Imam Mahdi akan berhubungan dengan sebahagian dari para pengikutnya. Gerakannya yang suci akan bermula di Masjidil Haram pada malam kesepuluh bulam Muharram setelah solat Isyak. Pada saat itulah beliau menyampaikan keterangan pertamanya kepada penduduk Makkah, sehingga musuh-musuh berusaha membunuhnya, tetapi mereka gagal melakukan hal tersebut kerana para pengikutnya mengelilinginya dan mempertahankannya sampai Masjidil Haram dikuasai mereka, dan dari situ, mereka menguasai Makkah.
Pada pagi hari kesepuluh bulan Muharam, Imam Mahdi akan menyampaikan kenyataannya ke seluruh bangsa dunia dengan menggunakan bahasa-bahasa yang berbeza, dan mengajak mereka untuk membantunya. Beliau mengumumkan bahawa beliau akan tetap tinggal di Makkah, sehingga terjadi mukjizat yang dijanjikan oleh datuknya, iaitu tenggelamnya tentera yang dihantar untuk menumpaskan gerakannya. Dan benar terjadi apabila tentera Sufyani yang hendak menuju ke Makkah ditenggelamkan di sebuah kawasan berhampiran kota Madinah. Setelah mukjizat penenggelaman ini, Imam Mahdi dengan tenteranya yang terdiri dari beberapa belas ribu orang, bergerak dari Makkah menuju ke Madinah dan membebaskannya setelah melakukan beberapa pertempuran dengan pelbagai kekuatan yang memusuhinya. Dengan pembebasan dua kota suci ini, sempurnalah bagi beliau penaklukan kota Hijaz.
Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa setelah menakluki negeri Hijaz, Imam Mahdi akan menuju ke selatan Iran tempat beliau akan menemui tentera dan masyarakat Iran yang dipimpin oleh al Khurasani dan Shuaib bin Saleh. Di sana mereka akan membaiat dan bergabung bersama Al Mahdi untuk melakukan pertempuran dengan kekuatan yang memusuhinya di Basrah, Iraq. Di kota itu mereka akan mendapatkan kemenangan besar. Kemudian Imam Mahdi akan memasuki wilayah Iraq yang lain, setelah menenteramkan suasana dan memerangi sisa-sisa kekuatan as Sufyani. Lantas, al Mahdi juga akan memerangi puak-puak Khawarij, dan menumpaskan mereka. Dan akhirnya Imam Mahdi akan menjadikan Iraq sebagai pusat pemerintahan dan Kufah sebagai ibu kota. Dengan cara ini beliau mempersatukan Yaman, Hijaz, Iraq, Iran dan negeri-negeri lain di bawah penguasaannya.
Banyak hadis yang menyebutkan bahawa peperangan pertama yang dilakukan setelah penaklukan Iraq adalah dengan Turki. “Satu briged dengan jelas akan dihantar menuju ke Turki untuk menakluknya.” Jelas apa yang dimaksudkan dengan Turki adalah Rusia yang sudah menjadi lemah akibat berperang dengan Romawi, yakni orang-orang barat. Setelah itu Imam Mahdi akan menyiapkan satu pasukan besar yang akan berarak menuju ke Jerusalam. Pasukan Sufyani menjadi ragu-ragu untuk menghadapinya dan Marj Adzra yang berdekatan dengan Damaskus. Di sana terjadi beberapa rundingan antara beliau dan Sufyani sehingga posisi Sufyani menjadi lemah di hadapannya, terutamanya rakyat pada umumnya memihak kepada al Mahdi. Hampir sahaja Imam Mahdi menyerah secara total kepada Imam Mahdi sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Akan tetapi mereka yang berada di belakang Sufyani adalah kumpulan Yahudi, Romawi dan jajaran menteri yang menyalahkannya dan mempersiapkan kekuatan untuk melancarkan pertempuran besar menentang Imam Mahdi(as) dan bala tenteranya. Medan pertempuran ini akan meluas dari kota Akko di Palestin sehinggalah sampai ke Antiokhia di daratan Turki, dari Tiberius di Damaskus sampai ke dalam kota al Quds. Maka turunlah kemurkaan Allah ke atas musuhnya apabila Yahudi, Romawi dan Sufyani akan dibunuh oleh kaum Muslimin. Bahkan jika ada seorang dari kalangan Yahudi yang bersembunyi di sebalik batu, maka batu itu akan memberitahu kedudukan musuh tersebut. Akhirnya pertolongan Allah datang kepada Imam Mahdi dan kaum Muslimin, sehingga mereka dapat memasuki al Quds secara aman.
Pihak barat terkejut dengan kekalahan Yahudi. Bantuan kekuatan yang mereka berikan kepada kaum Yahudi juga sia-sia. Akhirnya mereka akan melempiaskan kemarahan dengan melancarkan perang ke atas Imam Mahdi. Akan tetapi pada detik-detik itu, mereka dikejutkan dengan turunnya Isa al Masih dari langit di Al Quds dan kenyataan yang beliau ucapkan ke seluruh dunia, khususnya kepada orang-orang Kristian. Turunnya al Masih ini merupakan tanda-tanda kepada seluruh dunia yang menggembirakan hati orang-orang Islam dan Kristian, serta bangsa-bangsa lain.
Nampaknya al Masih menjadi orang tengah antara Imam Mahdi dan kuasa Barat. maka mereka bersetuju untuk perdamaian selama 7 tahun. Dalam sebuah hadis disebutkan: ” Antara kamu dan Romawi akan terjadi 4 kali gencatan senjata dan yang keempat akan dilangsungkan dengan keluarga Hiragl yang berlanjut hingga 7 tahun. Mungkin sahaja faktor yang mendorong orang-orang barat mengingkari perjanjian ini selepas dua tahun, sebagaimana yang disebutkan sebahagian riwayat adalah kerana ketakutan mereka terhadap gerakan Massal yang di ketuai oleh al Masih sehingga ramai dari kalangan mereka menerima Islam. Pada masa itu Romawi akan bangkit bersama sejuta tentera. “Kemudian mereka akan mengkhianati mu dan menyerangmu dengan 80 panji, setiap satu panji mempunyai 12 ribu orang tentera.” Setelah al Masih menyatakan dukungannya kepada al Mahdi dan melakukan solat di belakangnya di Masjid al Quds, berkecamuklah pertempuran dengan mereka seperti pertempuran semasa kaum Muslimin cuba merebut Al Quds, yakni dari Akko ke Antiokhia, dari Damaskus ke Al Quds, dan Marja Dabiq. Akhirnya kekalahan fatal menimpa pasukan Romawi dan kaum Muslimin mendapat kemenangan besar.
Setelah pertempuran ini, terbukalah pintu di hadapan al Mahdi untuk menguasai Eropah dan Barat. Tampaknya, banyak negeri yang telah dikuasai oleh rakyat melalui berbagai revolusi yang menumbangkan setiap pemerintahan yang bermusuhan dengan al Masih dan al Mahdi, dan berdirilah sejumpah pemerintahan yang setia dengan Imam Mahdi.
Setelah Imam Mahdi menakluki Barat dan memasukkanya di bawah kekuasaannya, serta ramai penduduknya yang masuk Islam, al Masih(as) wafat dan disolatkan oleh al Mahdi dan kaum Muslimin. Imam Mahdi akan melaksanakan pengsolatan dan pengebumian ini secara terbuka, dilihat dan didengar oleh orang kebanyakan, seperti yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat suci, seperti manusia tidak lagi menuduhnya seperti sediakala, lalu dikafankan dengan kain tenunan ibunya as Siddiqah Maryam(sa) dan dikuburkan di sebelah ibunya di al Quds.
Setelah menguasai dunia dan mempersatukannya di bawah negara Islam, Imam Mahdi mulai melaksanakan program-program Allah pada bangsa-bangsa di bumi dalam berbagai lapangan. Mula-mula, beliau akan memajukan kehidupan material, kekayaan dan kesejahteraan manusia, lalu memasyarakatkan kebudayaan dan menaikkan taraf pemikiran keagamaan dan keduniaan mereka. Dinyatakan oleh sebahagian hadis bahawa kadar yang ditambahkan kepada khazanah pengetahuan manusia adalah 25 kali ganda lalu disebarkan kepada semua manusia menjadi 27 bidang keilmuan.
Penduduk-penduduk bumi akan ditunjukkan kepada penduduk planet lain, bahkan alam ghaib akan diperlihatkan di alam nyata. Maka datanglah manusia dari syurga ke bumi dan mereka menjadi bintangnya manusia. Beberapa Nabi dan Imam juga akan kembali ke bumi di zaman Imam Mahdi(as), mereka akan berkuasa selama Allah mengkehendaki dan itu akan menjadi tanda-tanda akhir zaman dan permulaan kehidupan baru.
Sepertinya gerakan dajjal yang terkutuk dan fitnahnya terjadi pada saat perkembangan ilmu dan kemewahan yang dinikmati masyarakat manusia di zaman Imam Mahdi(as) yang mana dajjal gunakan untuk hal-hal yang menyeleweng. Dajjal akan menggunakan segala cara baru dari jenis yang jahat untuk mengelabui mata remaja. Wanita-wanita ramai yang akan menjadi pengikutnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam sejumlah hadis, lalu terjadilah arus fitnah dan pembenaran akan tipu daya dunia. Akan tetapi, Imam Mahdi akan menyingkapkan kepalsuan Dajjal dan menumpaskannya berserta seluruh pengikutnya.
=========================================
Demikianlah gambaran umum tentang gerakan al Mahdi yang dijanjikan serta revolusinya yang bertaraf antarabangsa. Adapun kejadiannya , maka ini juga tanda-tanda yang paling menonjol dan peristiwa yang yang dinyatakan dalam hadis suci. Di antaranya fitnah yang disebutkan hadis-hadis bahawa ia akan menimpa umat Islam dan disifatkan sebagai fitnah yang terakhir dan paling sulit untuk dihadapi sehingga munculnya Imam Mahdi(as).
Yang sangat memprihatikan adalah sifat-sifat keseluruhan dan terperici bagi fitnah ini sesuai dengan fitnahnya orang-orang barat dan penguasaan mereka terhadap negara-negara Islam di awal abad ini, serta para sekutu mereka dari orang-orang Timur. Ini merupakan fitnah yang akan mencakupi negara-negara Islam dan penduduk di dalamnya sehingga “tidak tinggal satu rumah pun melainkan dimasukinya dan tidak seorang Muslim pun melainkan ditamparnya.” Bangsa-bangsa kafir akan merebut negara kaum Muslimin sebagaimana berebutnya orang-orang yang lapar dan rakus akan hidangan yang lazat. “Dan ketika itu datang satu kaum dari barat dan satu kaum dari timur, lalu menguasai urusan umatku”, yakni memerintah negara kaum Muslim.
Begitulah fitnah yang bermula di negeri Syam, tempat musuh-musuh Islam memulai gerakan dengan membantu penjajah yang zalim dan menamakannya sebagai pusat kemajuan kemanusiaan. Dari sinilah timbul fitnah yang dinamakan oleh hadis-hadis suci sebagai fitnah Palestin, dan disifatkan sebagai fitnah yang dapat menggoncangkan negara-negara Syam seperti bergoncangnya air di tempatnya. “Kalau fitnah Palestin sudah bergelojak, maka negara Syam akan bergelojak seperti bergelojaknya air di dalam bejana dan kemudiaannya hilang..sedangkan pada waktu itu jumlah kalian masih sedikit dan hanya dapat menyesali..” , yakni sedikit kerana banyak di antara kalian yang sudah terbunuh, baik ditangan musuh atau disebabkan oleh diri sendiri.
Beberapa hadis juga menguraikan tentang generasi anak-anak Muslim yang dilahirkan dalam situasi fitnah ini, sehingga hampir sahaja mereka tidak mengenali agama mereka sendiri. Beberapa hadis yang lain menguraikan tentang para pemimpin sombong yang menguasai negara-negara kaum Muslim dengan hukum-hukum kafir dan hawa nafsu bermaharajalela di tengah-tengah mereka dengan seburuk-buruk penindasan.
Sejumlah hadis juga menyebutkan pihak Romawi dan saudara-saudara mereka dari Turki yang lebih tepat dimaksudkan sebagai Rusia sebagai sebab timbulnya bermacam-macam fitnah. Ketika mereka berasa panik dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada tahun kemunculan al Mahdi, mereka akan mengerahkan kekuatan di Ramallah, Palestin dan Antiokhia, daerah pesisir Turki dan Syria, serta di jazirah perbatasan antara Syria, Iraq dan Turki. ” Jika Tomawi dan Turki menyerang kalian, Turki dan Romawi akan berkerjasama untuk membuat banyak peperangan di muka bumi. Lalu saudara-saudara mereka dari Turki akan menghampiri al Jazirah, sementara kaum yang keluar dari agama Romawi akan menhampiri Ramallah.”
Beberapa hadis suci menyatakan bahawa permulaan munculnya Imam Mahdi akan terjadi di Iran. “Permulaannya akan terjadi di timur. Kalau hal itu sudah terjadi, maka as Sufyani akan keluar.” Ertinya, langkah permulaan kezuhuran Imam Mahdi berada di tangan kaum Salman, “pemilik bendera hitam”, “gerakan mereka akan dipimpin oleh seorang lelaki dari Qum, yang mengajak manusia ke arah kebenaran, di dokkong oleh kelompok yang berhati besi, tidak goyang akibat angin kencang, tidak bosan berperang dan tidak pernah gentar menghadapi musuh, berserah diri kepada Allah, dan sungguh, kemenangan adalah bagi orang yang bertaqwa.” mereka akan memberontak dan menuntut musuh-musuh mereka untuk tidak mencampuri urusan diri mereka sendiri. tetapi musuh-musuh mereka tidak akan membiarkan diri mereka sendiri. “Mereka menuntut hak tetapi tidak diberi, kemudian meminta lagi tetapi tetap tidak diberi. Kalau sudah demikian, mereka akan memikul senjata di pundak-pundak mereka lalu para musuh akan memberi segala yang mereka minta tetapi mereka menolak, sehingga terjadilah kebangkitan.. dan mereka tidak akan menyerahkan kekuasaan kecuali kepada Sahib kalian. Pada saat itu, mereka yang terbunuh dalam peperangan tersebut akan menjadi para shuhada.”
Hadis-hadis lain menyatakan bahawa mereka akan memperolehi kemenangan yang besar setelah peperangan yang panjang. dalam pada itu tampak kepada mereka dua orang yang dijanjikan. Salah seorang dari mereka dikenali sebagai al Khurasani, seorang faqih, rujukan dalam agama dan pemimipin politik. Yang kedua adalah Syuiab bin Saleh, iaitu seorang pemimpin tentera, pemuda berkulit sawo matang, berjanggut nipis dan datang dari sebuah dusun. Mereka berdua akan menyerahkan panji kepada Imam Mahdi(as), turut menyertai bala tentera beliau dalam gerakan kemunculannya. Akhirnya Shuaib Bin Saleh akan menjadi panglima besar dalam jajaran pasukan Imam Mahdi(a).
=============================
Sejumlah hadis juga menyebutkan adanya gerakan di Syria yang dipelopori oleh “Usman as Sufyani” yang setia kepada pihak Romawi dan Yahudi. As Sufyani akan mempersatukan Syria dan Jordan di bawah kekuasaannya. “As Sufyani berasal dari kabilah Makhzum. Masa pemeritahannya hanya selama 15 bulan. Enam bulan dipakainya untuk berperang. Jika beliau sudah menguasai 5 kawasan, maka beliau akan berkuasa selama 9 bulan dan tidak lebih walaupun 1 hari.” Lima kawasan yang disebutkan itu adalah sekitar Syria, Jordan dan kemungkinan juga termasuk Lubnan.
Akan tetapi penyatuan yang dicapai oleh Sufyani adalah satu penyatuan yang rapuh, kerana tujuannya adalah demi mengwujudkan perbatasan antara Arab dan Israel dan landasan serangan terhadap orang-orang Iran yang mendukung Imam Mahdi(as). Oleh kerana itu, Sufyani bertindak menduduki Iraq supaya kekuatannya turut memasukinya.” dan beliau mengirimkan 130 ribu pasukan ke Kufah. Sebahagian pasukan akan singgah di ar Raudha’ dan al Faruq, sementara 60 ribu dari pasukannya terus berjalan ke Kufah, tempat kuburan Nabi Hud(a) di Nukhailah.” “Seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Sufyani yang telah bersiap sedia mengadakan perjalanan ke kawasan kalian di Kufah, maka penyerunya akan berteriak: “Siapa gerangan yang dapat membawa kepada pengikut Ali, maka ganjaranya adalah 1000 dirham. Maka bergegaslah seseorang memberitahukan sesama tentangganya dan mengatakan bahawa si anu merupakan sebahagian dari golongan mereka..”
Kemudian mereka bergerak untuk mengisi kekosongan politik yang terjadi di Hijaz dan membantu pemerintahnya yang lemah untuk menumpaskan gerakan Imam Mahdi yang dicintai manusia, di mana gerakannya diperkirakan akan bermula di Makkah. Maka itu, Sufyani akan mengirimkan tenteranya ke Makkah melalui Madinah dan membuat kerosakan di sana, lalu mereka menuju ke Makkah, tempat di mana Imam Mahdi memulakan gerakannya. Pada saat itu, berlakulah mukjizat Nabi(s) yang telah baginda janjikan berupa penenggelaman pasukan Sufyani sebelum tiba di Makkah “ketika tiba di al Baida, mereka akan ditenggelamkan Allah.”
Setelah kalah di Iraq akibat gempuran orang-orang Iran dan Yaman, serta kalah di Hijaz akibat mukjizat penenggelaman mereka, Sufyani kini berasa ragu-ragu dan mengumpulkan semua kekuatan di dalam kota Syam untuk menghadapi serangan Imam Mahdi dan tenteranya di sekitar Damaskus dan al Quds.
Peperangan besar yang telah disebutkan sebelumnya pun terjadi dan kemurkaan Allah turun ke atas Sufyani. Beliau ditangkap dan kemudiannya dibunuh, sementara Imam Mahdi dan kaum Muslimin akhirnya berjaya emasuki al Quds.
==========================================
Hadis-hadis juga ada menyebutkan bahawa satu gerakan lain yang mendukung Imam Mahdi(a) akan wujud di Yaman, di pimpin oleh seorang perwira yang bernama “al Yamani” dan mewajibkan kaum Muslim untuk membantu gerakannya. “Tidak ada bendera yang lebih unggul dari bendera al Yamani. Apabila al Yamani sudah keluar maka diharamkan menjual senjata kepada manusia. Apabila al Yamani sudah keluar maka bangkitlah kalian untuk membantunya kerana benderanya memiliki petunjuk. Tidak diperbolehkan bagi seorang Muslim untuk mempersulitkannya. dan siapa yang melakukan itu, maka dia termasuk dari penghuni neraka kerana beliau dan kekuatannya mempunyai peranan penting di Hijaz dalam membantu gerakan Imam Mahdi(as). Disebutkan bahawa pasukan dari Yaman akan ke Iraq demi membantu negara itu menghadapai kekuatan Sufyani. Sebagaimana yang diketahui, pasukan Yamani mempunyai peranan yang penting di wilayah Hijaz dan dalam membantu gerakan Imam Mahdi(as)
===================================
Di bahagian lain, terdapat juga hadis yang menyebutkan bahawa gerakan revolusi yang akan dipimpin oleh seorang berkebangsaan Mesir akan terjadi di Mesir sebelum keluarnya al Yamani dan al Sufyani. Gerakan ini akan dipimpin oleh panglima tentera Mesir, sementara gerakan yang serupa turut terjadi di kalangan orang Qibthi di Mesir. Kemudian turut disebutkan bahawa kekuatan timur dan barat akan masuk ke Mesir. Akibat ketidakmakmuran ini, muncullah as Sufyani dan gerakan-gerakan di wilayah Syam.
Imam Mahdi akan menjadikan Mesir sebagai contoh untuk seluruh dunia dan menjadikannya sebagai mimbar. Hadis ini juga menyebutkan bahawa beliau dan sahabatnya akan memasuki Mesir. “Kemudian mereka berjalan menuju ke Mesir, tempat beliau menaiki sebuah mimbar dan memberi khutbah di khalayak ramai. Sejak itu, bumi akan merasa girang dengan tegaknya keadilan, langit akan menurunkan hujan, pohon akan menumbuhkan buahan, tanah akan memekarkan tumbuhan dan menghiasi dirinya untuk para penduduk dunia. Begitu juga binatang-binatang liar akan berasa aman berkeliaran di pinggiran bumi selayaknya haiwan peliharaan. Lalu ilmu pengetahuan akan dimasukkan ke dalam hari orang-orang Mukmin, sehingga seorang Mukmin tidak memerlukan ilmu yang dimiliki saudaranya. Pada hari itu terlaksana maksud ayat yang berbunyi: “Allah memenuhi keperluan setiap orang dari keluasannya.”
================================
Adapun keadaan di timur Islam, maka seperti yang disebutkan di dalam hadis suci bahawa akan muncul kekuatan-kekuatan untuk memasuki negeri-negeri Syam, barangkali juga termasuk Mesir. Disebutkan juga bahawa sebahagian kekuatan itu akan memasuki Iraq. Tugas pasukan ini adalah menyerupai pasukan tentera Pan Arab. Akan tetapi tentera ini tidak digunakan untuk kemashalatan Islam dan Muslimin.
Di Syam, pasukan tentera ini akan menghadapi kekuatan orang-orang Iran yang mendukung Imam Mahdi dan keduanya akan terperangkap dalam peperangan, hingga pasukan tentera ini akan ditarik masuk ke Jordan. Sisa pasukan tempur ini akan ditarik selepas as Sufyani muncul atau disatukan dengan pasukan yang dipimpinnya. Di Mesir, pasukan tempur ini akan dikerahkan untuk membantu rejim yang berkuasa dalam menghadapi gerakan massa Mesir atau untuk membantu kekuatan barat yang memasuki Mesir, sebelum berkibarnya gerakan Sufyani di Syria.
===================================================
Hadis-hadis tentang era kebangkitan Imam Mahdi menyebutkan bahawa orang-orang Yahudi di akhir zaman membuat kerosakan dan melakukan kesombongan yang luar biasa di muka bumi, sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalm Al Quran. Kesombongan mereka akan luruh di tangan para pembawa bendera yang keluar dari Khurasan. “Bendera ini tidak dapat dipatahkan sehingga di tancapkan di Aelia.” yakni al Quds. Orang-orang Iran adalah satu bangsa yang dipersiapkan oleh Allah untuk menghadapi orang-orang Yahudi. Allah swt berfirman: ” Kami mengutus kepada mu hamba-hamba kami yang luar biasa.”
Hadis hadis ini tidak menentukan apakan penghancuran yang dijanjikan ini akan terjadi dalam satu masa atau bertahap sehingga era kemunculan Imam Mahdi dan sesudahnya. Akan tetapi, hadis-hadis ini mengisyaratkan bahawa tahap akhir dari proses penghancuran ini akan terjadi di zaman Imam mahdi dan melalui kekuatan beliau serta bala tenteranya yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Iran. Semua itu bakal terjadi ketika pertempuran-pertempuran besar berhadapan dengan pihak romawi dan Yahudi, ketika Usman as Sufyani menjadi pemerintah Syam dan berposisi sebagai pasukan pertahanan.
Dinyatakan bahawa Imam mahdi mengeluarkan lembaran-lembaran Taurat yang asli dari sebuah gua di Antiokhia, dari pergunungan Palestin dan sebuah danau di Tripoli. Beliau akan berhujah dengan lembaran-lembaran taurat terhadap orang-orang Yahudi, lalu menampakkan tanda-tanda kebesaran dan kelebihannya, sehingga sebahagian dari mereka yang terselamat dari pertempuran al Quds akan memeluk Islam, manakala mereka yang tidak mahu memeluk Islam akan diusir dari kawasan negara Arab.
=====================================================
Sebagaimana yang dikhabarkan oleh sejumlah hadis suci bahawa sebuah perang dunia akan terjadi sebelum kemunculan Imam Mahdi yang disebabkan oleh faktor-faktor di timur. Perang dunia ini melibatkan dua kuasa besar, Romawi dan Turki, atau blok barat dan Rusia. Dari hadis pula dapat disimpulakn bahawa perang ini berskala besar, “yang akan menyuluh banyak peperangan di muka bumi ini.” Semua ini berlangsung pada tahun-tahun kemunculan Imam Mahdi. Kerugian akibat peperangan ini akan ditanggung oleh Amerika dan Eropah, “dan akan menyala api dengan kayu yang sangat banyak di belahan barat bumi”. Penduduk timur dan barat akan bertikai dengan sengit. Kecuali dari kalangan ahli kiblat, manusia akan menanggung beban besar dari apa yang menimpa mereka dari ketakutan.”
Disebutkan bahawa umat manusia juga akan terkesan dengan wabak tha’un yang terjadi sebelum dan selepas perang besar tersebut dan akan menjangkiti dua pertiga dari penduduk dunia. Wabak ini tidak akan menimpa kaum Muslimin kecuali dalam jumlah yang kecil. “Perkara ini(kemunculan Imam Mahdi) tidak akan terjadi sehingga 2/3 manusia lenyap, hingga kami bertanya: “Jika 2/3 manusia lenyap, siapa yang akan tinggal?” Dijawab: “Tidakkan kamu ingin menjadi 1/3 sisanya?”
Sebahagian riwayat menununjukkan bahawa peperangan ini berlangsung dalam beberapa tahap dan tahap akhirnya bakal terjadi setelah kemunculan Imam Mahdi dan pembebasan Hijaz. Pemicu dari pembebasan Hijaz ini adalah kekosongan politik dan tragedi penggulingan kekuasaan di Hijaz.









May 24, 2012 at 6:31 am
ERA KEMUNCULAN & KEBANGKITAN IMAM MAHDI AS… Banyak Hadis yg menerangkan hingga ada beberapa versi pendapat. Namun ianya pasti terjadi kalo sudah bertepatan dgn janji masa kehadirannya. Ramei yg meramalkan kemunculannya dijangka pada Musim Haji Akbar, karna dikala itulah jutaan Jemaah Haji yg akan menyaksikan Mukjizatnya serta kesaktian pengikut2nya. Setelah nyata terbukti “Kemahdian” nya, lantas mereka mengangkatnya mengistiharkan, beliau itulah sebenar2 Imam Mahdi AS. Lalu mereka beramai2 berbaiah dgnnya…
Setelah berita tersebar, kemudian disusuli pula dgn kebanjiran kedatangan berduyun2 Ummat Islam dari serata pelusuk dunia, utk berbaiah dgnnya. “Jika kedengaran dimana adanya Imam Mahdi AS, maka bersegeralah kamu berbaiah dgnnya, walo utk ketemu dgnnya kamu terpaksa merangkak atas salji”. Dalil era kedatangannya ada tersurat dlm Muqaddam Nabi. Dalil peristiwa2 yg bakal terjadi ada tersirat secara ajaib sekali dlm satu Surah Al-Quran. Allahu’alam….