Forum dialog antara Sunni dan Syiah lebih penting dari forum Islam-Kristian

February 23, 2012

Wahdah

Presiden Al-Azhar menegaskan betapa pentingnya dialog antara agama dan mazhab. Beliau menganggap forum dialog Ahlusunnah dan Syiah lebih penting daripada dialog antara Islam dan Kristian.

Ahmad Al-Tayyib, presiden Al-Azhar Mesir dalam satu wawancara mengatakan bahawa dialog antara Sunni dan Syiah lebih penting daripada dialog antara Islam dan Kristian.

Beliau menambah, “Syiah adalah sebahagian daripada umat Islam dan ikhtilaf mereka dengan Ahlusunnah hanyalah dalam beberapa furu’.”

Ahmad Al-Tayyib menambah, “Forum dialog antara Ahlusunnah dan Syiah memberi manfaat kepada umat Islam.”

Tegas beliau lagi, “Bukan kita mahu akidah Syiah tersebar di kalangan masyarakat Ahlusunnah atau akidah Ahlusunnah tersebar di kalangan masyarakat Syiah, ini boleh menyebabkan perpaduan antara masyarakat Syiah dan solidariti di antara masyarakat Ahlusunah boleh menjadi lemah.”

Ahmad Al-Tayyib menambah, “Seluruh umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah berada di bawah bendera Islam.”

Selain itu beliau menjelaskan, “Universiti Al-Azhar bukanlah sebuah yayasan politik dan para pemimpin Al-Azhar tidak berhasrat mengambil kedudukan dalam politik. Para pemimpin Al-Azhar juga tidak akan menjadi pemimpin negara.”

Beliau menganggap cara Al-Azhar memperkenalkan Islam bukanlah dengan kekerasan dalam kata-kata dan keyakinan.

Selain itu Beliau juga turut mengalu-alukan pengajian untuk para pelajar Iran dan bukan Iran di Universiti Al-Azhar.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Print Friendly
, , , , , ,

4 Responses to “Forum dialog antara Sunni dan Syiah lebih penting dari forum Islam-Kristian”

  1. mahmud Says:

    salam
    kenapa topik ini juga ada di blog enta yg satu lagi?

    Reply

  2. al-ikhwan Says:

    salam.
    boleh ana dpt kan email enta?. ana lebih brminat ingin bertanya secara terus. mohon jwpan segera.

    Reply

Leave a Reply

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins

Switch to our mobile site